- Hit: 152
SHAH ALAM, 7 September 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Kunjung Hormat bertemu YBhg. Datuk Mohd Razali Wahab, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Delegasi YBK diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan. Turut bersama adalah Dr. Abdul Fatah Hj Khalid (ALPA YBK); Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK); dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).
Kunjung hormat ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara YBK dan ICU Negeri Selangor selaku rakan strategik, di samping perbincangan berkenaan bantuan makanan pelajar asrama dan baik pulih infrastruktur. ICU Negeri Selangor adalah agensi kerajaan yang aktif dalam program YBK seperti Sinar Kasih Ramadhan, dan telah membantu dalam baikpulih infrastruktur Asrama Kasih YBK.
Turut serta pegawai daripada ICU Negeri Selangor iaitu Puan Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat); Puan Khairul Hasniza Ahmad Amin Nordin (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Projek Khas); dan Encik Mohd Shahrul Shari (Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pemantauan dan Penilaian).