- Hit: 152
BOGOR (INDONESIA), 17 Ogos 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan lawatan kerja dengan mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Majlis Ulama Indonesia Kabupaten Bogor untuk bertemu Ketua Umum iaitu Prof. Dr. KH. Ahmad Mukri Aji MA. MH.
Pertemuan selama satu jam antara delegasi YBK yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat persaudaraan. Pengerusi YBK melahirkan penghargaan kepada Ketua Umum MUI Bogor kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan YBK walaupun dalam hari cuti umum Kemerdekaan Republik Indonesia.
Beberapa perkara turut dibincangkan antaranya cadangan melahirkan pembantu domestik profesional dengan latar belakang bidang dakwah serta isu-isu semasa di Indonesia khususnya berkenaan perkembangan ajaran sesat yang berleluasa. Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneliti cadangan kerjasama yang sesuai dan akan melanjutkan perbincangan di masa akan datang.