SERENDAH, 12 April 2023 - Telah berlangsung Majlis Iftar Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah yang telah dihadiri oleh para jemputan dan juga pelajar.

Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama-sama YBhg. Datin Saripah Ahmad dan Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK). Turut bersama, En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Lembaga Penasihat ASKA, karyawan-karyawan YBK serta jemputan-jemputan khas yang lain.

Bertempat di surau, majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA) selaku juruacara. Ini disusuli dengan rakaman ucapan Hari Raya Aidilfitri dan tazkirah Ramadan daripada YBhg. Dato' Pengerusi.

Dalam tazkirahnya, Dato' Pengerusi berkongsi berkenaan peristiwa perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, dan perang melawan hawa nafsu serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Tazkirah berlangsung kira-kira 20 minit sehingga masuk waktu berbuka.

Selesai berbuka ringan dan solat Maghrib berjemaah, hadirin bergerak ke dewan utama untuk makan malam. Kemudian hadirin bergerak semula ke surau untuk solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah. Kemudian hadirin dijemput menikmati moreh sebelum bersurai.

Dalam majlis yang sama juga, YBK telah menerima sumbangan daripada Fesyen Rasa Sayang yang telah disampaikan semasa Majlis Iftar ASKA Serendah. Sumbangan yang diterima berupa skrin layar untuk pembelajaran dan rak-rak buku di perpustakaan, di samping baju raya kepada karyawan ASKA Serendah sebagai tanda penghargaan.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah menerima sumbangan daripada wakil Fesyen Rasa Sayang yang hadir pada malam itu. Turut menyaksikan, Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah). Fesyen Rasa Sayang melahirkan harapan agar lebih ramai lagi organisasi yang dapat memberikan sumbangan demi keselesaan, semangat dan masa depan anak-anak ini kerana mereka adalah adalah kunci masa depan negara.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;