KELANA JAYA, 15 Februari 2023 - Pagi ini telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang pertama untuk tahun 2023.

Mesyuarat bulanan ini merupakan platform kepada Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom untuk bertemu dan menyampaikan amanat serta pesanan kepada para karyawan dari Ibu Pejabat dan seluruh Outlet YBK, di samping ruang dan peluang untuk karyawan berkongsi perkara-perkara penting di outlet masing-masing untuk makluman Pengerusi.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membuka mesyuarat dengan taklimat pengurusan dan hal-hal semasa YBK, sebelum YBhg. Dato' Pengerusi menyampaikan amanatnya. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran & Sumber Manusia YBK); dan wakil-wakil outlet.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato' telah menyentuh berkenaan kepentingan menyebarkan salam dan memahami falsafah di sebaliknya, di samping berkongsi berkenaan intipati konsep MADANI yang dibawa oleh kerajaan.

Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir untuk ALPA dan karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari serta Februari.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;