SERENDAH, 1 Oktober 2022 - Asrama Kasih YBK Serendah hari ini menerima kunjungan 25 orang pelajar dan 3 pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Haslinda daripada Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputer.

Program bermula seawal jam 9:00 pagi di Dewan Utama dengan slot pertama adalah ceramah yang bertajuk “Kesedaran Keselamatan Siber" yang disampaikan oleh Puan Siti Fatimah (pensyarah UNISEL). Banyak maklumat serta petua mengenai keselamatan siber yang telah disampaikan kepada Pelajar asrama kasih YBK Serendah.

Program diteruskan dengan aktiviti 'treasure hunt' yang dikelolakan oleh Pelajar Tahun Akhir Jurusan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputer UNSEL. Pada majlis penutup, sesi penyampaian hadiah telah diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Program seperti ini sangat berguna kepada pelajar agar mereka lebih cakna berkenaan isu keselamatan siber dan perkara yang berkaitan dengannya.

Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;