- Hit: 454
SERENDAH, 24 September 2022 - Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) hari ini menjadi lokasi 'Check Point' ke 4 dalam program Explorace dari kumpulan syarikat Rail Link Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang membina dan menguruskan keretapi laju ERL (Express Rail Link KLIA). Seramai 70 orang dibahagikan kepada 18 buah kumpulan, membawa tugasan menyelesaikan 6 check point bermula dari Taman Botani Putrajaya sehingga 'Check Point' terakhir di Kem Resort Kalumpang.
Tugasan di 'Check Point' 4, Mereka perlu sampai di ASKAS lebih kurang jam 12:30 tengahari dengan membawa sebuah hamper yang bernilai RM50 yang dibungkus sendiri oleh peserta. Sebanyak 18 buah hamper telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link KLIA, Puan Normah Mohd Noor sebagai simbolik selesainya tugasan di 'Check Point' 4. Kesemua 18 buah hamper tersebut telah diberikan kepada Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua ASKAS untuk kegunaan program-program asrama.
Puan Normah juga telah menyampaikan 150 sampul wang tunai untuk anak-anak ASKAS. Pengurusan ASKAS akan menyalurkan wang tersebut ke dalam akaun bank BSN anak-anak. Selain itu, beliau juga telah menyerahkan cek sumbangan kepada Pn. Pengetua untuk kegunaan program-program asrama. Puan Normah dalam ucapannya memaklumkan akan cuba membantu anak-anak yang berminat untuk bekerja di syarikat Rail Link S/B dan mempelawa melawat sambil belajar di tempatnya.
Program selesai pada jam 2:30 petang. Para peserta meneruskan tugasan di 'Check Point' yang seterusnya.
Teks laporan berita disediakan oleh Asrama Kasih YBK Serendah dan disunting oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK