KG GESIR TENGAH, 31 Ogos 2022 - Asrama Kasih YBK Gesir telah menerima kehadiran kumpulan bermotosikal 'Rabak Bikers' daripada Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB) Karangkraf untuk menyerahkan sumbangan Al-Quran bagi kegunaan pelajar sempena kempen 'Quran Corner'.

Turut hadir daripada pihak Karangkraf adalah En. Hashim Anang, Pengurus Tugas-Tugas Khas, dan sumbangan telah diterima oleh Pn. Farahin Iszreen Ismail, jurulatih ASKA Gesir, dan disaksikan oleh Pn. Rozita Arbain, Pengurus Kewangan & Aset YBK. Beberapa aktiviti turut diadakan oleh ahli-ahli Rabak Bikers bersama para pelajar, di samping sesi bergambar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;