SERENDAH, 14 Ogos 2022 - Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom yang ke-72 dan beliau telah diraikan dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat yang telah diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YBhg. Dato' dan isteri, Datin Saripah Ahmad pada jam 6:30 petang dan diiringi ke Surau untuk bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Timbalan Pengetua ASKA Serendah.

Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pn. Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK), Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah), Pn. Farahin Iszreen Ismail (ASKA Gesir) dan para pelajar, serta para karyawan YBK dan para pelajar ASKA Serendah.

Selesai solat Maghrib berjemaah, Majlis diteruskan di Dewan Utama dan siaran ucapan secara sidang video oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi ASKA Serendah) yang berada di luar negeri telah diperlihatkan kepada hadirin.

Ini disusuli dengan tayangan video ucapan selamat hari lahir daripada ASKA Serendah dan ASKA Gesir, dan ucapan oleh YBhg. Dato'. Beliau bersyukur dan menitipkan nasihat kepada hadirin agar menghargai masa dan umur yang diberikan.

Selesai ucapan, hadirin bersama-sama menyanyikan lagu 'Sanah Helwah' dan upacara memotong kek dan pulut kuning dijalankan untuk Dato' Pengerusi dan karyawan serta pelajar yang lahir pada bulan Ogos.

Majlis disudahi dengan jamuan 'ayam goreng KFC' dan sesi bergambar para pelajar ASKA dan Alumni ASKA bersama Dato' Pengerusi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;