GESIR, 1 Ogos 2022 - Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (AKYBK) telah menerima kemasukan pelatih-pelatih baharu melalui program pendaftaran yang berlangsung pagi ini. Seramai 9 orang pelatih telah hadir melaporkan diri.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa hadir dan menyampaikan ucapan kepada ibu bapa dan pelatih-pelatih baharu yang hadir, di samping melancarkan program Minggu Orientasi Pelajar.

Difahamkan YBhg. Dato' Pengerusi YBK telah berbesar hati menaja kos pembelajaran semua pelatih-pelatih yang mendaftar hari ini. Beliau melahirkan hasrat agar pelatih-pelatih ini dibentuk dengan sikap yang terpuji, selain daripada memperoleh sijil pentauliahan kekompetenan ST.

Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran & Sumber Manusia YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Pn. Norleza Hambali (Pengurus AKYBK), dan para karyawan AKYBK, ASKA Gesir dan YBK.

Semua pelatih-pelatih ini akan mengikuti Kursus Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) selama 24 bulan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;