- Hit: 265
KAJANG, 11 Mei 2022 - Syarikat Day Food Industry Sdn. Bhd. yang menguruskan pemasaran produk 'Ayam Kicap Gaduh' hari ini telah mengadakan taklimat perniagaan kepada calon usahawan berpotensi Yayasan Basmi Kemiskinan di pejabat mereka di Sungai Ramal, Kajang.
Taklimat ini adalah bagi memperkenalkan kepada calon-calon usahawan yang berminat, berkenaan konsep, teknikal pemasaran dan potensi produk makanan 'Ayam Kicap Gaduh' untuk dipasarkan di kawasan masing-masing sekiranya berminat dan bersesuaian.
Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Koperasi Kasih YBK - KoKasih), pegawai-pegawai daripada YBK dan KoKasih, serta calon-calon usahawan daripada pelbagai kawasan di negeri Selangor.
YBK dan syarikat Day Food Industry Sdn. Bhd. telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 22 April yang lalu di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk membangunkan usahawan-usahawan daripada kalangan B40 melalui produk 'Ayam Kicap Gaduh' , dan taklimat ini adalah langkah pertama bagi menjayakan inisiatif ini.