Program: Projek & Aktiviti Keusahawanan Sosial - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Program Peningkatan Pendapatan YBK, ICU JPM Selangor dan WINGPORT Dilancarkan

    TANJONG KARANG, 31 Oktober 2026 - Program Peningkatan Pendapatan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Selangor dan WINGPORT telah bermula secara rasmi hari ini dengan 30 orang calon usahawan rintis di sini.

    YBhg. Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Negeri Selangor hadir dalam sesi taklimat dan turut memberikan motivasi kepada peserta. Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan para pegawai kanan dari YBK dan ICU JPM Selangor.

    Calon-calon usahawan terpilih ini merupakan peserta yang berdaftar dengan sistem e-Kasih ICU JPM dan berminat untuk menjadi usahawan di bawah pelan perniagaan bersistem. Taklimat berkenaan pelan perniagaan WINGPORT telah disampaikan kepada para peserta oleh Ustaz Khairul Haffiz (Pengarah Urusan Chickory Group) dan pegawai WINGPORT. Setiap peserta diberikan barangan perniagaan WINGPORT bernilai RM5,000.00 untuk memulakan perniagaan dengan nilai keseluruhan untuk siri pertama ini sebanyak RM150,000.00.

    Program peningkatan pendapatan YBK bersama ICU JPM Selangor dan WINGPORT ini akan diperluaskan ke lokasi lain mengikut potensi dan permintaan pasaran, dan turut bakal melibatkan rakan kerjasama yang lain, antaranya Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK INCOME GENERATION PROGRAMME WITH ICU JPM SELANGOR AND WINGPORT OFFICIALLY LAUNCHED

    TANJONG KARANG, 31 October 2026 – The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Income Generation Programme, in collaboration with the Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department (JPM) Selangor and WINGPORT, officially commenced today with 30 aspiring entrepreneurs selected for its pilot initiative here.

    YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Director of the Selangor State Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department, attended the briefing session and delivered a motivational address to the participants. Also present were YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and senior officers from YBK and ICU JPM Selangor.

    The selected aspiring entrepreneurs are participants registered with the ICU JPM e-Kasih system who have expressed an interest in becoming entrepreneurs through a structured business plan. A briefing on the WINGPORT business plan was delivered to the participants by Ustaz Khairul Haffiz (Managing Director of Chickory Group) and WINGPORT officers.

    Each participant received WINGPORT business supplies worth RM5,000.00 to start their respective businesses, bringing the total value of assistance for this first phase to RM150,000.00.

    The YBK Income Generation Programme, in collaboration with ICU JPM Selangor and WINGPORT, will be expanded to other locations based on business potential and market demand.

    Read more
  • Perbincangan Cadangan Program Keusahawanan Oleh Chickory Group

    ARA DAMANSARA, 7 September 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) hari ini telah mendengar pembentangan cadangan Program Peningkatan Pendapatan (Keusahawanan) oleh Chickory Group.

    Hadir mendengar pembentangan adalah YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi YBCare), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Puan Norhani Layali Zainal Abidin (Naib Presiden Kanan (Kewangan) PEHSB). Pembentangan Chickory Group telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Haffiz (Pengarah Urusan Kumpulan), dan turut dihadiri oleh Encik Abdullah Salami Jaafa (Pengerusi Eksekutif merangkap Pengasas) dan Encik Isa Johari (Ketua Pegawai Operasi).

    Objektif pembentangan adalah bagi mencadangkan kerjasama dengan YBK berkenaan program Peningkatan Pendapatan melalui produk 'Wingport Crispy Wings' secara rintis. Perbincangan lanjutan akan dilakukan bagi memperhalusi terma kerjasama sebelum satu pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) dilaksanakan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    DISCUSSION ON PROPOSED ENTREPRENEURSHIP PROGRAMME BY CHICKORY GROUP

    ARA DAMANSARA, 7 September 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) today attended a presentation on a proposed Income Enhancement (Entrepreneurship) Programme by Chickory Group.

    Those in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK and Chairperson of YBCare; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; and Ms. Norhani Layali Zainal Abidin, Senior Vice President (Finance) of Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (PEHSB).

    The presentation by Chickory Group was delivered by Ustaz Khairul Haffiz, Group Managing Director, and was also attended by Mr. Abdullah Salami Jaafa, Executive Chairman and Founder, and Mr. Isa Johari, Chief Operating Officer.

    The presentation aimed to propose a collaboration with YBK on an Income Enhancement Programme, piloted through the “Wingport Crispy Wings” product. Further discussions will be held to refine the terms and scope of the proposed collaboration before the signing of a Memorandum of Understanding (MoU).

    Read more
  • Kunjung Hormat Bertemu Tuan Guru Baba Mahmud Lada

    PATTANI (THAILAND), 24 Disember 2023 - Hari ke-2 di Wilayah Pattani, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat bertemu Tuan Guru Baba Mahmud Lada yang menguruskan Pondok Rasyidin @ Pondok Ban Lada.

    Beliau yang berusia 75 tahun telah menyambut kehadiran delegasi YBK iaitu Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) dan isteri; Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Tuan Haji Johari Morad (Pengurus Perhubungan Awam GISB Holdings Sdn. Bhd.)

    YBK telah dijamu makan tengah hari oleh Baba Mahmud dan isteri. Beliau memaklumkan Pondok kelolaan beliau ini telah berusia 45 tahun dan kini menguruskan kira-kira 100 orang pelajar. Pondok ini menawarkan aliran sekolah kerajaan selain daripada aliran agama Islam. Para pelajar terdiri daripada golongan miskin serta kurang berkemampuan, dan dididik untuk berdikari.

    Baba Mahmud memaklumkan beliau pernah menuntut ilmu di Malaysia iaitu di Pondok Pasir Tumboh yang cukup sohor, dan Nilam Puri di negeri Kelantan. Kini anak-anak beliau turut membantu dalam menjadi tenaga pengajar Pondok ini.

    Di akhir pertemuan kunjung hormat, YBK telah memberikan sedikit sumbangan dan cendera mata kepada Baba Mahmud. Juga, YBK menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan membantu Pondok Rasyidin melalui program-program yang bersesuaian.

     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;