SERENDAH, 27 April 2022 - Hari ini telah berlangsung Majlis Iftar Asrama Kasih YBK Serendah di mana para pelajar telah diraikan dengan jamuan berbuka puasa.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang berlangsung di Surau, di mana sebelum itu telah diadakan rakaman Takbir Hari Raya. Selepas berbuka ringkas dan solat maghrib berjemaah, para hadirin bergerak ke Dewan Utama untuk jamuan penuh.

Pengasas YBK, YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan isteri telah meluangkan masa hadir pada majlis ini. Turut hadir, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Hajah Sarifah Ahmad dan Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), para karyawan daripada outlet-outlet YBK, serta alumni ASKA dan jemputan-jemputan NGO.

Turut dijemput dan hadir adalah wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor iaitu YBhg. Datin Nor Faridah Abu Bakar (Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran), Encik Khairul Anuar (Ketua Penolong Pengarah, Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid), dan Encik Abdul Halim Mahmud (Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid).

Para pelajar telah menerima sumbangan baju raya daripada YBhg. Dato' Jawahar Ali (pemilik rangkaian Restoran Ali Maju) dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd., serta pakaian sekolah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Sumbangan diserahkan kepada pelajar oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;