SERENDAH, 30 Jun 2020 - Hari ini di Asrama Kasih YBK Serendah telah berlangsung sesi bicara santai dan penyampaian amanat oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi YBK kepada para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Turut hadir bersama, Datin Dr. Hjh Hartini Osman (Pengerusi ASKA Serendah), Dato' Hj Bing Selamat Amir (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan wakil karyawan Ibu Pejabat serta karyawan ASKA Serendah.

Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan pembukaan dari Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua ASKA Serendah) dan bacaan doa daripada Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA Serendah).

Majlis diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Pengerusi YBK berkaitan peperiksaan SPM yang bakal menjadi kayu ukur untuk setiap pelajar pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga menyentuh tentang sikap pelajar generasi baharu yang perlu mempunyai ciri-ciri 'SMART' di mana ia amat berguna untuk masa hadapan. Sehubungan dengan itu, para pelajar kini perlu mempraktikkan perhubungan awam (Public Relation) dengan masyarakat sekeliling.

"Kita perlulah menjaga hati mereka di sekeliling dengan pertuturan yang baik dan membantu seseorang dengan hati yang ikhlas." ujar beliau. Beliau juga menasihati pelajar agar menerapkan norma baharu dalam kehidupan seharian sepertimana yang diperutuskan oleh Perdana Menteri terhadap rakyat Malaysia. Justeru itu, pelajar Tingkatan 5 ASKA Serendah haruslah menjadi pejuang budaya supaya dapat diteladani oleh pelajar tingkatan yang lain.

Selesai ucapan dan amanat Pengerusi YBK, majlis diakhiri dengan sesi memotong kek sempena sambutan Hari Lahir para pelajar yang lahir pada bulan Mac hingga Jun.

Laporan oleh Bahagian Media Asrama Kasih YBK Serendah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;