- Hit: 796
TAMAN MEDAN (PETALING JAYA), 17 Jun 2020 β YBhg Datoβ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg Datin Dr. Hjh Hartini Osman (Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2020) hari ini mengadakan lawatan di Kiosk Nasi Lemak Singgit Kak Aslina di Taman Medan.
Puan Suaslina bt Rahim telah mengusahakan nasi lemak dan nasi ayam sejak tahun 2014 di sekitar Taman Medan. Beliau yang dulunya menjaja dari rumah ke rumah, kini telah mendapat kiosk dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada tahun 2018.
Berbekalkan semangat dan kudrat yang ada, beliau berniaga nasi lemak seringgit dan juga karipap di kiosk tersebut bermula jam 4.00 petang sehingga 10.30 malam setiap hari. Dengan berbekalkan upah RM2 sehari, anak-anak menjadi pembantu setia beliau di kiosk tersebut. Begitulah rutin mereka sekeluarga sejak 3 minggu yang lalu.
Puan Suaslina bt Rahim adalah antara prospek Program Pembangunan Usahawan YBK yang akan dibantu dalam menaik taraf kemampuan pengurusan perniagaan dalam bidang pengurusan kewangan dan perniagaan.