- Hit: 1039
Dukacita dimaklumkan bahawa Mantan Pengetua Asrama Kasih (ASKA) Yayasan Basmi Kemiskinan, Tuan Haji Abdul Latif bin Husain (Pak Latif) telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 petang hari ini, 6 Jun 2020 bersamaan dengan 14 Syawal 1441H.
Almarhum telah berkhidmat sebagai Pengetua ASKA dari awal penubuhannya pada tahun 1994 sehingga tahun 2011, iaitu selama 17 tahun. Beliau adalah seorang perwira yang telah berkhidmat sepenuh jiwa menjaga dan mendidik anak-anak miskin dan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa dan pengorbanan beliau kepada mereka yang pernah menerima sentuhan kasihnya. Syurgalah yang layak untuknya dan anak-anak ASKA menjadi saksinya.
Sesungguhnya pemergian Almarhum adalah satu kehilangan yang cukup besar kepada YBK. Seluruh keluarga YBK berdukacita dan berdoa agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
KUALA KUBU BHARU, 7 Jun 2020Β (15 Syawal 1441H)Β - kerabat dan sahabat, jauh dan dekat, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum di Hospital Kuala Kubu Bharu. Anak-anak didik beliau, alumni ASKA turut sama hadir, melahirkan kedukaan dan mengucap selamat tinggal.
Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, telah mengetuai solat jenazah bersama-sama para hadirin. Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Prof. Datoβ Dr. Mazliham Mohd Suβud; Presiden/CEO Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Pengarah Urusan Ali Maju Sdn. Bhd.; En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), karyawan-karyawan YBK, dan kenalan Almarhum.
Jenazah Almarhum akan dibawa ke Pulau Pinang untuk dikebumikan selepas selesai urusan di hospital. Maka berakhirlah perjalanan hidup seorang insan yang besar jasanya dan akan dikenang selamanya. Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.