PETALING JAYA, 22 Ogos 2019 - Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan momentumnya dengan sesi di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. Sesi ini melibatkan penyertaan seluruh pelajar tingkatan 2 sekolah ini iaitu seramai lebih 200 orang.

Sesi disempurnakan oleh En. Audi Faliq Ibrahim yang bertindak selaku penceramah dan beliau juga merupakan bekas pelajar sekolah ini (sesi 2000-2004). Pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan dengan kumpulan pertama mengikuti sesi jam 8 pagi hingga 10 pagi manakala kumpulan ke-2 pada jam 11 pagi hingga 1 petang.

Para pelajar telah diperkenalkan dengan modul pengenalan Semangat Mendaki YBK termasuklah melaksanakan corak 'State Management'. Sesi turut disaksikan oleh kaunselor daripada Unit Kaunseling iaitu Pn. Valarmathi a/p Sedayan dan En. Mohd Fairil Muhamad.

Pihak sekolah mengalukan-alukan YBK untuk terus bersama melaksanakan program motivasi di samping potensi kerjasama yang lain.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;