- Hit: 1061
KUALA SELANGOR, 9 Mei 2019 - Telah berlangsung Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan bersama para pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor. Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Sesi bermula pada jam 10 pagi selama dua jam.
Walaupun dalam keadaan berpuasa, pelajar memberi kerjasama yang amat baik dan sesi berlangsung dalam keadaan santai dan ceria. Para pelatih telah diperkenalkan dengan konsep Semangat Mendaki yang berteraskan elemen pembinaan semangat dan keyakinan diri di samping diperkenalkan dengan asas corak Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Terima kasih kepada pengurusan Plybk Kuala Selangor di atas jemputan.