- Hit: 1136
KG. GESIR TENGAH, 22 Februari 2019 - Program Motivasi Semangat Mendaki YBK memulakan sesi sulungnya untuk tahun 2019 di Akademi Kemahiran YBK Gesir (AKYBK). Sesi ini melibatkan hampir 20 orang pelatih pengambilan baru dan berlangsung selama tiga (3) jam.
Para pelatih telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK yang merangkumi 5 konsep utama yang berteraskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim. Beberapa corak (pattern) NLP turut diajar seperti 'Bulatan Kecemerlangan' dan 'State Management'.
Kepada sekolah atau institusi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Motivasi Semangat Mendaki, boleh berhubung dengan Audi Faliq Ibrahim di talian 019 3740 382.