KUALA MUDA/BALING (KEDAH), 5-6 Mac 2016 - Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar diteruskan dengan siri ke-2 dan ke-3 diadakan di negeri Kedah melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah dengan jumlah pelajar yang terlibat seramai 140 orang.

Pada 5 Mac 2016 (Sabtu), YBK telah berkunjung ke SMK Kota Kuala Muda. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai sesi yang diadakan. Sesi diadakan selama 3 jam dan disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Jurulatih Bertauliah NLP untuk Pelajar sambil dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman.

Pada 6 Mac 2016 (Ahad), sesi motivasi telah diadakan di SK Kg. Padang, Baling. Sekolah ini merupakan sekolah rendah ke-2 yang dikunjungi YBK. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 6 dan tahun 5 telah bersama untuk sesi ini. Sesi dikoordinasikan oleh Audi Faliq Ibrahim dan dibantu oleh En. Zulhairy Jalaluddin dan Muhd Afiq Mohd Azman. Sesi berlangsung selama 3 jam.

Sebagaimana kebiasaan, konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) untuk pelajar menjadi teras modul meliputi konsep kecemerlangan, model komunikasi, meta model dan pelbagai lagi. Beberapa 'pattern' NLP turut diajar kepada pelajar antaranya 'Triplet A' dan 'State Management'.

Setiap pelajar menerima buku kerja NLP untuk pelajar dan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia. Diharapkan sesi motivasi yang diadakan memberi manfaat untuk meningkatkan prestasi dan semangat dalam mencapai kecemerlangan dan impian yang diinginkan.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;