TANJUNG KARANG, 25 April 2015 - Siri ke-4 Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK telah diadakan di SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang. Sebagaimana siri-siri sebelumnya, sesi ini melibatkan para pelajar tingkatan lima seramai 30 orang termasuk pelajar program KUNTUM YBK. Sesi berlangsung di Pusat Sumber bermula tepat jam 9 pagi. Motivator En. Zulhairy Jalaluddin telah mengendalikan sesi yang berasaskan metodologi teori dan praktikal dengan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim selaku pegawai YBK.

Modul berasaskan Neuro Linguistic Programming (NLP) menjadi teras sesi motivasi ini. Para pelajar dan guru didedahkan dengan asas dan teori NLP dan kaitannya dengan idea kecemerlangan pelajar. Konsep 'world class' dan pembinaan sikap, nilai dan sahsiah turut ditekankan oleh motivator. Sesi yang berjalan secara santai tetapi berinformatif ini turut diselang-seli dengan pengenalan 'pattern' NLP seperti SWISH, Triplet-A, Soalan Keajaiban, State-Management dan Well-Formed Outcome. Buku kerja NLP untuk pelajar turut dibekalkan sebagai panduan dan rujukan.

Secara dasarnya para pelajar amat teruja sepanjang sesi berlangsung di mana penyertaan dan respon pelajar terhadap soalan dan gerakan 'pattern' adalah amat menggalakkan. Sesi berakhir pada jam 1 petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;