KLIK DI SINI untuk daftar minat anda!



PENDAHULUAN

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah memulakan inisiatif projek pertanian di beberapa tanah miliknya dengan tanaman harian seperti cili. Justeru, selaras dengan seruan YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK supaya YBK melibatkan diri secara aktif dalam bidang pertanian dan inisiatif Jabatan Inovasi & Keusahawanan Sosial YBK, satu projek konsep pembasmian kemiskinan melalui latihan kemahiran pertanian yang dinamakan ‘Projek Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK)’ telah dibangunkan.

OBJEKTIF

  • Melatih kumpulan sasar yang berpotensi melalui latihan pertanian dan seterusnya mampu menghasilkan pendapatan.
  • Membangun dan menggembleng potensi tapak-tapak pertanian YBK dengan projek pertanian yang memberi manfaat kepada YBK dan juga kumpulan sasar yang bakal dibantu.
  • Menjalin kerjasama strategik dengan pihak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan swasta untuk sama-sama membangunkan potensi kumpulan sasar melalui latihan pertanian.

KUMPULAN SASAR

Untuk peringkat awal atau pilot project, YBK mensasarkan untuk melatih 10 orang yang dipilih dengan keutamaan diberikan kepada ibu tunggal yang berminat untuk menceburi bidang pertanian. Jika pilot project ini berjaya, YBK akan membuka peluang kepada kumpulan sasar yang lain seperti belia tercicir, individu yang hilang pekerjaan, orang kurang upaya (OKU) dan juga belia atau pelajar yang ingin mempelajari ilmu pertanian.

LOKASI PROGRAM

Peserta yang terpilih akan ditempatkan di tapak projek pertanian YBK iaitu di YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah, dan tapak-tapak lain yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

KAEDAH PELAKSANAAN

Secara umumnya, proses pelaksanaan adalah seperti berikut;

  1. YBK akan melaksanakan temuduga untuk memilih individu daripada kumpulan sasar yang berpotensi dan mempunyai minat tinggi untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Individu ini akan menjalani latihan praktikan dan ilmu pertanian di tapak-tapak pertanian milik YBK dalam tempoh tertentu dan mengikut modul yang tersusun.
  3. Selepas tempoh praktikal dan individu ini telah disahkan kompeten untuk melaksana dan mengurus projek pertanian, mereka akan dibantu untuk memulakan projek pertanian secara usahasama dengan YBK.
  4. Hasil yang diperoleh daripada tapak pertanian usahasama ini akan dibahagikan mengikut nisbah yang dipersetujui oleh YBK dan individu berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat.

TARIKH MULA PELAKSANAAN, FAEDAH & MODUL

Dalam proses pembangunan dan akan dimaklumkan kemudian.

KERJASAMA

YBK telah menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian & Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Pertanian, dan agensi serta organisasi lain untuk menjayakan Program ini.

PENDAFTARAN MINAT

Individu yang memenuhi kriteria kumpulan sasar dan berminat, boleh mendaftar di sini. YBK akan menghubungi individu yang di senarai pendek untuk di temuduga ke peringkat seterusnya.

TERMA, SYARAT & PENAFIAN

Sila ambil maklum bahawa ini bukanlah satu tawaran pekerjaan, dan YBK berhak untuk melaksana, menangguh atau membatalkan Program ini mengikut budi bicara dan keadaan semasa.

YBK juga tidak terikat untuk memberi jaminan bahawa peserta yang sedang atau telah melengkapkan Program ini akan memperolehi pekerjaan dan pendapatan.

Terma, syarat dan penafian akan dikemas kini dari masa ke semasa.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;