Sabak Bernam, 15/11/2014 – Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan usaha mengenalpasti pelajar yatim atau piatu atau dari kalangan keluarga miskin yang layak dipertimbangkan dimasukkan ke Asrama Kasih YBK Serendah atau Asrama Kasih YBK Gesir untuk sesi kemasukan 2015 tahun depan.

Temuduga terbuka telah diadakan di Dewan Orang Ramai Desa Kasih Merbau Berdarah Sg Panjang dan Dewan Orang Ramai Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai Tengah Sabak Bernam. Aktiviti temuduga terbuka asrama kasih YBK di sini mendapat sokongan dan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Desa Kasih iaitu Encik Sulaiman (Batu 2 Tebuk Pulai) dan Hj Ahmad Nayan (Merbau Bedarah)

Seramai hampir 20 orang telah tampil menjalani temuduga terbuka iaitu soalsiasat minat dan menjalani ujian kecerdesan IQ oleh pegawai YBK dan Pengetua Asrama Kasih. Mereka adalah dari pelajar sekolah rendah dari perkampungan yang berhampiran.

Dalam sesi ini YBK juga mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk rancangan melaksanakan sambutan 25 tahun YBK oleh jawatankuasa penduduk semua Desa Kasih YBK. Lembaga Pemegang Amanah YBK, Tuan Hj Bing Selamat Amir juga turut hadir dalam perbincangan tersebut

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;