- Hit: 1899
3 Sept 2014, Kuala Lumpur - Pengurusanย Yayasan Basmi Kemiskinanย mengadakan perbincangan dengan Presiden Universiti Kuala Lumpur Prof Dato Dr Mazlihan di pejabatnya kampus utama UniKL. Perbincangan ini bertujuan memohon UniKL mempertimbangkan supaya pelajar Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) juga ditawarkan kemasukan ke mana-mana kampus UniKL seluruh negara dengan kemudahan seperrti pelajar Asramja Kasih YBK sekarang. YBK telah mengemukakan kertas cadangan secara resmi kepada pihak UniKL sebelum ini.ย
Antara tawaran yang dijangka diperolehi pelajar yang mengikuti program KUNTUM seluruh negara adalah kemudahan kewangan dan keutamaan kemasukan ke mana-mana fakulti kampus UniKL seluruh negara. Secara dasarnya Prof Dato Dr Mazlihan selaku Presiden UniKL menyatakan persetujuan. Beliau akan memperakukan cadangan kepada mesyuarat Lembaga Universiti yang akan diadakan tidak lama lagi.