- Hit: 2130
Masjid Jamek Kuala Lumpur, 16 Ogos 2014 - Yayasan Basmi Kemiskinan bersama pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur mengagih-agihkan makanan kepada kumpulan gelandangan dan fakir miskin. Ia disempurnakan oleh Sukarelawan YBK dan Sukarelawan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Aktiviti ini merupakan usaha kerjasama dengan pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan dijadikan aktiviti bulanan. YBK bersama Masjid Jamek Kuala Lumpur telah mengagihkan makanan tengahari untuk 300 orang dari kalangan gelandangan dan fakir miskin sekitar masjid.
Agihan yang dimulakan tepat jam 12 tengahari apabila kumpulan gelandangan ini mula berkumpul di hadapan pintu masuk utama Masjid. Aktiviti agihan berjalan lancar hasil disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh petugas dan gelandangan yang beratur semasa mengambil bungkusan makanan. Semua unit makanan selesai diedarkan dalam masa setengah jam. Hujan yang turun tidak menghalang semangat petugas dan sukarelawan untuk sama-sama membantu mengedarkan makanan. Aktiviti mengagihkan makan tengahari menarik perhatian ramai pelancung dari luar negara yang kebetulan melawat masjid yang juga merupakan program masjid.
Majiis juga disaksikan oleh Imam Masjid iaitu Ustaz Faizal Tan. YBK berterima kasih kepada pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam aktiviti edaran ini. Aktiviti ini akan diteruskan di bulan-bulan akan datang dan orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam aktiviti ini dialu-alukan untuk hadir di sesi yang akan datang.