- Hit: 2074
ARA DAMANSARA, 25 Julai 2014 - YBK terus menyemarakkan amal jariah dengan menyumbang kepada NGO-NGO terpilih. Sumbangan ini adalah untuk bantuan pengurusan sebanyak RM2,000. Sebanyak 15 NGO telah dipilih sebagai penerima dan terdiri daripada pelbagai latar, antaranya Pusat Tahfiz, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan OKU dan seumpamanya.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom kepada wakil-wakil NGO yang berkenaan. Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi melahirkan rasa gembira kerana YBK dapat membantu sedikit-sebanyak kepada NGO-NGO ini dan sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk melahirkan kerjasama pintar (smart partnership) yang melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman.
Dalam jangka masa panjang, diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh NGO yang berkenaan dan akan melahirkan sinergi kerjasama yang mantap bersama YBK di masa-masa akan datang.