SERENDAH – 12/7/2014, Asrama Kasih YBK telah mengadakan majlis Iftar Ramadhan sempena bulan ramdhan yang mulia. Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan dimulakan ucapan aluan pengerusi majlis, tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah Yg. Bhg. Dato Hj. Zainal Abidin b. Sakom, Pengerusi YBK, En. Zulhairy Jalaludin Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Datin Hartini Othman Ketua Pegawai Eksekutif YBKU merangkap Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah,  Datin Sharifah Pengerusi Asrama Kasih YBK Gesir. Tn. Hj. Zainal Abidin Penasihat Asrama Kasih YBK, En. Zulkifli Pen.PegawaI JKM, Kuala Kubu, Tn. Hj. Jamil Pengerusi JKKK Kampung Seri Serendah.

 Seterusnya bacaan ayat suci Al-Alquran surah Al- Mulk ayat 1 hingga 14 yang telah disampaikan oleh adik Zulhairi Akmal T. 2 manakalan tafsirnya dibacakan oleh adik Faridah Hanim T. 3. Majlis diteruskan dengan penyampaian baju raya kepada anak-anak asrama kasih YBK yang bermula dari tingkatan 1 yang disampaikan oleh Yg. Bhg Datin Hartini Othman, tingkatan 2 disampaikan oleh Yg. Bhg Datin Syarifah, Tingkatan 3 disampaikan oleh En. Zulhairy Jalaludin dan tingkatan 4 dan 5 disampaikan oleh Yg. Bhg. Dato Zainal Abidin Sakom. Pada tahun ini anak syarikat YBKU, SMPM telah menaja 150 pasang baju raya anak-anak asrama. Pakaian ini dibeli daripada syarikat jakel dengan mendapat potongan harga yang sangat rendah. Majlis mengambil kesempatan meraikan soerang kakitangan asrama iaitu Zahren b. Bidi yang akan mengakhiri perkhidmatannya pada akhir bulan julai ini disebabkan beliau akan berpindah ke Terengganu.

Selepas berbuka puasa semua tetatmu dan anak-anak menunaikan solat maghrib berjemaah disurau. Kemudian tetamu ke dewan untuk sesi makan malam.  Pada jam 8.40 malam semua tetamu dan anak-anak menunaikan solat isyak dan diteruskan dengan solat terawih yang diimamkan oleh Yg. Bhg Dato Zainal Abidin Sakom sendiri. Selasai menunaikan solat sunat witir Yg. Bhg Dato menyampaikan ucapannya disurau. Dalam ucapan beliau menyeru kepada semua anak-anak asrama supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi dan menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya agar dapat merubah masa depan yang lebih baik. Majlis di akhiri dengan sedikit jamuan moreh di dewan makan.  

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;