- Hit: 1622
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2014 - Aktiviti Ramadhan YBK terus disemarakkan dengan Majlis Iftar yang diadakan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis diadakan dengan inisiatif bersama pihak Masjid Jamek dan YBK telah berbesar hati menaja kos Iftar pada hari tersebut. Seramai kira-kira 1,200 jemaah hadir untuk Iftar yang turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Dato' Pengerusi YBK.
Majlis bermula pada jam 6:30 petang di mana Imam Masjid Jamek, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib telah membuka majlis dengan menjemput Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, memberikan tazkirah berkenaan Ramadhan dan fadhilat-fadhilatnya. Tazkirah berlangsung selama 20 minit sebelum waktu berbuka. Warga kota daripada segenap latar tidak melepaskan peluang mendengar tazkirah dan seterusnya berbuka bersama-sama. Dato' Pengerusi YBK juga telah mengimamkan solat Maghrib dan menyertai solat sunat Tarawih.
Sesungguhnya Majlis Iftar ini merupakan titik permulaan kerjasama strategik di antara YBK dan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeksplorasi potensi kerjasama khususnya untuk golongan gelandangan yang merupakan kumpulan yang amat memerlukan perhatian.