- Hit: 2500
ARA DAMANSARA, 14 Julai 2014 - Dunia telah dikejutkan dengan kekejaman rejim Yahudi kepada rakyat Palestin di Gaza yang sedang berlaku mutakhir ini. Prihatin dengan nasib rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan masyarakat antarabangsa, YBK telah mengambil insiatif menghulurkan sumbangan melalui tabung yang dikelolakan oleh Aman Palestin Berhad sebanyak RM 50,000.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom kepada Encik Awang Sufian Awang Piut, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin. Semoga sumbangan yang diberikan ini memberikan harapan dan meringankan penderitaan rakyat Palestin yang sedang dizalimi tambahan dalam suasana Ramadhan ini. Doa kami agar rakyat Palestin di Gaza sentiasa diberi kekuatan dan dilindungi Allah S.W.T.