Kuantan, 6 Dis 2013 - YBK melalui unit sukarelawannya bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir telah menghulurkan bantuan di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan.

Sukarelawan YBK diketuai oleh Ketua Pegawai Ekskutif YBK, En Zulhairy Jalaluddin telah menyumbangkan keperluan asas seperti makanan dalam tin, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi serta syampu kepada mangsa di bencana alam berkenaan.

"Biarpun keadaan sudah beransur pulih namun ramai di antara mereka yang masih belum dapat pulang ke rumah dan bantuan barangan asas amat bermakna buat mereka," kata En. Mahadi pegawai mengurus pusat bantuan banjir di Wisma Belia Kuantan. 

Kami bersyukur urusan untuk memberikan bantuan berjalan lancar dengan keadaan banjir semakin pulih serta cuaca yang baik.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;