Dalam usaha merealisasikan impian YBK menggalakkan para peserta unit ini menyahut seruan kerajaan kearah “mentransformasikan diri” agar lebih berdaya saing, beberapa siri lawatan telah dianjurkan oleh pihak YBK dengan kerjasama pelbagai pihak.

Siri lawatan (1) gerak kerja Unit Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal YBK Daerah Hulu Selangor telah dimulakan dengan lawatan sambil belajar ke 3 perusahaan IKS di Daerah Sepang iaitu Sepang Maju Kerepek Sdn Bhd (kerepek pelbagai perisa), SAMJ Food Industries Sdn Bhd (makanan sejuk beku) dan Perusahaan Mee Kuning, Tempe dan Tauhu. Lawatan diketuai YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program YBK 2013 dan dianggotai oleh Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali, Serendah, Sungai Choh dan Bukit Beruntung. Puan Faridah Aini bt Mohamad, Timbalan Pengarah Industri Asas Tani, Bahagian Pembangunan Pertanian & Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah sudi bagi menyampaikan taklimat ringkas lawatan kerja hari tersebut dan juga peluang kursus dan peralatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian.

Diharapkan lawatan kerja siri kedua ini mampu memberikan input-input yang bernas serta khidmat nasihat yang berguna dari pengusaha perusahaan IKS yang telah berjaya dalam meletakkan halatuju unit ini sebaris dan setanding dengan pengusaha-pengusaha perusahaan IKS di Malaysia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;