Khamis - 26 September 2013, Asrama Kasih YBK Serendah telah mengadakan satu perbincangan Lembaga Penasihat Asrama YBK Serendah mengenai hal disiplin anak-anak asrama. Antara yang hadir didalam perbincangan tersebut ialah Lt Kol Hj. Mohd Yusof, Tn. Hj. Zainal Abdin b Zulcifly, Tn.SM Ahmad Hijazi b. hj. Abas (Tmb. Ketua Balai Polis Serendah), En. Zulhairy Jalaludin (CEO YBK) dan Pemangku Pengetua Pn. Halimaton Saadiah bertindak sebagai urusetia perbincangan.

Pada 7/12/2012 YBK dengan persetujuan ALPA telah melantik 8 dari kalangan pemimpin masyarakat tempatan sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK iaitu terdiri daripada Pengerusi Asrama Kasih YBK serendah Datin Hartini Osman (Pengerusi), Pengerusi Pembangunan Modal Insan YBK Hj Bing Selamat Amir, Pengetua SMK Serendah, Ins. Syamsul Bahrin Ahmad, Lt Kol Hj. Mohd Yusof, Tn. Hj. Zainal Abdin b Zulcifly dan Dato Sehan b. Awang Aim, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah sebagai Urusetia.

Lantikan ini adalah bertujuan Menyumbang dan membantu dengan sukarela menjadikan Asrama Kasih YBK sebagai pusat kecemerlangan pelajar, Memantau dan memperakukan undang-undang dan peraturan asrama, prestasi sahsiah dan akademik pelajar, Memutuskan dan memperakukan kes tindakan tatatertib yang diperakukan oleh Pengetua, Membantu dan menjayakan Program Transformasi YBK 2012 - 2016.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;