- Hit: 1667
Serendah - Asrama Kasih YBK Serendah telah diadakan satu mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK Siri 1/2013. Antara yang hadir ialah Yg.Bhg. Datin Hartini Othman ALPA dan Pengerusi Asrama Kasih YBK selaku pengerusi mesyuarat. Tn. Hj. Bing Selamat b. Amir, Yg. Bhg. Dato’ Sehan b. Awang Aim, Tn. Hj. Zainal Abidin b. Zulcifly, Lt. Kol Hj Mohd Yusof, 2 orang Guru yang mewakili Pengetua SMK Serendah. Pemangku Pengetua Asrama Kasih YBK Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi selaku urusetia mesyuarat tersebut.
Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai terma dan rujukan penasihat di mana Ahli-ahlinya banyak menyentuh mengenai hal-hal disiplin anak-anak Asrama Kasih serta cadangan-cadangan mengatasinya dan mengkaji kemasukan pelajar – pelajar baru ke Asrama Kasih YBK seharusnya merangkumi faktor akademik dan sahsiah yang seimbang. Permuafakatan ini amat penting kepada Asrama Kasih untuk mencapai KPI sebagai pusat kecemerlangan pelajar. Dengan penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat ini ke dalam Asrama Kasih adalah satu langkah yang tepat di mana tanggungjawab terhadap akademik dan sahsiah anak-anak Asrama Kasih ini dapat di kongsi bersama.