- Hit: 1855
Serendah, 15/1/2013 - YBK sedang merancang pembangunan penempatan keluarga miskin di atas sebidang tanah seluas 30 ekar tanah YBK di Bukit Serendah. Projek sosio-ekonomi yang akan menempatkan 100 isi rumah termiskin secara percuma dengan projek ekonomi pertanian berimpak tinggi yang akan menjanaย pendapatan kepada peserta terpilih. Projek yang dibiayai oleh Pejabat Kemajuan Negeri (ICU) merupakan satu lagi projek pembangunan sosio-ekonomi isi rumah miskin di Selangor di mana setiap ketua isi rumah akanย disediakan pekerjaan dalam sektor pertanian dengan pendapatan minimum RM1,500 sebulan.
Hari ini satu lawatan tapak diadakan untuk melihat kesesuaian profail tanah dan kemudahan asas yang sedia ada untuk memajukan dan menjayakan projek Rimbunan Kasih tersebut . Lawatan turut hihadiri oleh Lembaga Pemegang Amanah YBK, pegawai ICU Ibu Pejabat Puan Norshini Ketua Pengarah Bahagian Sosio-Ekonomi ICU Ibu Pejabat, Encik Minhad Penolong Pengarah ICU Selangor dan pegawai YBK. Rombongan telah dibawa ke sekitar lokasi yang dicadangkan pembangunan Projek Rimbunan Kasih di atas tanah YBK tersebut.
Untuk tujuan tersebut YBK akan menyediakan kertas kerja dan melawat projek Rimbunan Kasih yang berjaya di Lipis dan Serkam Melaka sedikit masa lagi. Jika projek ini diluluskan oleh kerajaan, satu lagi sumbangan dan matlamat YBK kepada golongan sasar akan direalisasikan.
ย