- Hit: 1623
Sungai Buaya - Maahad Tahfiz Darul Quran Sungai Buaya hari ini menerima kunjungan YBhg Datoโ Haji Zainal Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman bagi menyampaikan sumbangan YBK sebanyak RM 20,000.00 bagi pembinaan asrama puteri pelajar-pelajar tahfiz berkenaan. Kunjungan YBhg Datoโ Pengerusi disambut mesra oleh Mudir Tahfiz, Ustaz Haji Mohd Nurulhak bin Sulaiman dan 30 pelajar baru tahfiz tersebut.
YBhg Datoโ Pengerusi dalam ucapan beliau menasihatkan agar para pelajar tahfiz menanamkan rasa tanggungjawab โzahir dan batinโ kerana hasil tuaian hari esok adalah berkat usaha gigih hari ini. Oleh yang demikian, tumpukan sepenuh perhatian dalam pengajian tahfiz agar generasi ini akan dapat menjadi generasi ilmuan tahfiz yang mampu dibanggakan oleh Sungai Buaya khususnya dan Malaysia amnya.