Pada 24 Dis 1999, Yayasan Basmi Kemisinan (YBK) bersama 19 NGO Islam telah memimpin suatu kenyataan yang dinamakan Deklarasi Ramadhan dalam usaha memartabatkan semangat Ramadan sebagai penggerak dan pemangkin jihad ke arah memantapkan umat Islam. Deklarasi Ramadhan itu antara lain menginsafi keadaan umat Islam yang tertindas dan didiskrimikasi kuasa besar kerana masih dibelenggu kemiskinan dalam pelbagai aspek.

Pengerusi jawatankuasa Deklarasi Ramadan 1999, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata menerusi deklarasi ini, smua 19 NGO bersetuju membentuk Kongres Permuafakatan Organasasi Amal Islam Malaysia (Amal Islami). Amal Islami bertindak sebagai penyelaras dan memantau kegiatan yang dijalankan NGO di negara ini bagi memastikan hasrat menjana semula kekuatan umat Islam seperti umat di zaman Rasulullah dan sahabat tercapai. “Kita perlu menggerakkan semua NGO Islam bagi memastikan umat Islam tidak lagi tertindas dan jauh ketinggalan daripada arus perdana dan persaingan peringkat nasional," katanya pada majlis pengisytiharan deklarasi itu di sini hari ini. 

Turut sama ketika itu adalah YDP YADIM Nakhaie Ahmad dan Pengarah YADIM Mohd Amin Salleh. Antara NGO Islam yang terbabit bersama YBK termasuklah Institut Kepimpinan Masyarakat, Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat, Majlis Cina Muslim Malaysia, Masyarakat Internet Muslim Malaysia, Yayasan Azam Wanita, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia serta Yayasan Pelajar Islam Malaysia. Dato Zainal Abidin Hj Sakom berkata, kongres yang mengetepikan sebarang fahaman politik dan berpuak ini bermuafakat mengemukakan pelan tindakan bagi melaksanakan pelbagai program dengan ikhlas dan jujur.

Selepas 14 tahun, Amal Islami Malaysia yang dicetuskan melalui Deklarasi Ramadhan 1999 oleh YBK masih terus relevan.  Di bawah pengurusan YADIM ia dikenali sebagai Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Menurut  Dr. Asyraf Wajdi Dasuki  selaku YDP YADIM,   MAIM akan digerakkan semula melalui perancangan dan perlaksanaan gerak kerja dakwah secara berkolaborasi supaya lebih berkesan dan memberi impak yang menyeluruh. Malah MAIM juga akan bertindak semua gabungan NGO Islam bersatu demi kelangsungan Islam serta mampu menangkis anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan umat seperti agenda kristianisasi dan liberalisasi Agama.

ini keanggotaan MAIM nampaknya lebih mendapat sambutan dengan isu yang dihadapi oleh Islam di negara ini. Antara yang nampak sentiasa memberi sokongan termasuklah Jati (Gerakan Mertabatkan Umat), Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa), Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), Isma (Ikatan Muslim Se Malaysia), Ikram, Persatuan Peguam-Pegiam Muslim Malaysia, Pembela, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Sekretariat daulatkan islam, MACMA, Yayasan Nassar, Yayasan Murni Akidah, Persatuan Al Hunafa, Ikatan WP, ACCIN (Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan), Islamic Relief, Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI), Hidayah Centre Foundation, Persatuan Kebangsaan Alamiyah Malaysia ( NUR ALAM ) dan sudah tentu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sendiri

Kali ini MAIM nampaknya lebih fokus dan diletakkan di bawah Jabatan YDP bersama Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), YADIM. Sehingga kini 2 program besar telah diadakan iaitu Taklimat Kristianisasi oleh Tan Sri Ahmad Johan kepada 250 dari kalangan NGO Islam, organisasi korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi-agensi dakwah dan tokoh-tokoh masyarakat di Pusat Konvensyen Sime Darby 31/7/2013 dan Wacana Agenda Kristianisasi Se Dunia : Rujukan Kes Malaysia pada 17 Ogos 2013 di Dewan Muktawar Pusat Islam.

Tetapi ada beberapa pemerhatian saya. Pertama diantara NGO yang menyertai MAIM kali ini juga merupakam gabungan NGO seperti ACCIN (Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan) dan Ikatan WP (Gabungan NGO Islam di bawah Jawabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Sebab mereka juga merupakan gabungan NGO yang pasti mempunyai falsafah perjuangan seperti MAIM. Kedua, YADIM perlu menubuhkan jawatankuasa di peringkat induk maupun teknikal atau perlaksanaan. Ini membolehkan semua ahli gabungan memounyai peranan dan tanggungjawab yang jelas.

Sebagai ahli gabungan, YBK tetap optimistic dengan MAIM dan yakin dengan kepimpinan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki akan dapat memberi sumbangan ke arah dakwah dan mempertahan Agama Islam di negara ini. Selamat Maju Jaya MAIM, YBK akan terus menyokong

Zulhairy bin Jalaluddin, 
Ketua Pegawai Eksekutif YBK 
21/8/2013

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;