Program ini akan dilaksanakan selama 7 hari dan antara pengisian program ini adalah sesi tazkirah, majlis berbuka puasa, solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Diharapkan usaha murni dan kerjasama antara agensi ini mendapat keberkatan dan mampu melahirkan masyarakat yang mantap akidahnya serta menghayati Islam dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
- Hit: 1863
22 JULAI 2013 - Bertempat di Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu, Program Imarah Ibadah Ramadhan Al-Mubarak telah dilaksanakan dengan usahasama JAKIM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan dan masyarakat setempat.Pengisian program ini adalah menjurus kepada perkongsian ilmu berkenaan pengetahuan agama Islam di samping mengukuhkan hubungan masyarakat orang asli bersama agensi-agensi berkenaan. Yayasan Basmi Kemiskinan telah berbesar hati menaja pelaksanaan program ini dan sumbangan tajaan telah disampaikan oleh Tuan Hj. Bing Selamat Amir selaku ALPA YBK, kepada Ustazah Sabariah Ahmad merangkap Penggerak Masyarakat Orang Asli Kg. Tun Abdul Razak.