Klang, 15/6/2013 - Skuad Sinar Kasih YBK (SKY) telah berkunjung ke rumah keluarga Puan Acha bt Kusain di Bukit Tinggi, Klang. Menyelusuri kisah kehidupan keluarga ini yang menjadi topik hangat di dada-dada akhbar minggu lalu apabila โ€˜cinangโ€™ atau nama sebenarnya Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 tahun ditemui mati di kawasan parkir berdekatan rumahnya.

Ibu kepada 7 anak ini tidak menyangka penghijrahan beliau dan suami ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama anak sulungnya sejak 3 bulan yang lalu menjadi detik hitam dalam hidup keluarganya. Puan Acha adalah suri rumah sepenuh masa dan hanya bergantung hidup dengan pendapatan anak sulungnya, Nur Hidayah 20 tahun yang bekerja di Wangsa Maju. Disebabkan desakan hidup, 4 orang daripada anak beliau tidak dapat menyambung persekolahan masing-masing, Nur Hidayah Tun Ernie (16 tahun), Muhammad Norsham (9 Tahun), Muhammad NurHisham (7 Tahun) dan Nur Amyliana Shahirah (5 tahun) dan Muhammad NurShamsul (3 tahun). Pihak YBK telah menghulurkan sumbangan keperluan dapur dan akan berusaha menempatkan anak-anak beliau di asrama YBK.


Takziah kepada keluarga beliau diatas pemergian โ€˜cinangโ€™, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh adik โ€˜cinangโ€™ ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;