Kuala Lumpur, 10/6/2013 - Satu perjanjian usahasama telah dimeterai antara Yayasan Basmi Kemiskinan dan Multi Media Synergy Corporation Ventures Sdn Bhd (MMSC) bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian ini MMSC dengan YBK akan mengadakan kerjasama menyediakan peluang, latihan dan platform untuk pembangunan contents bagi membolehkan golongan pendapatan bawah 40% (B40 low income group) di dalam aktiviti dasar kerajaan menjayakan peluang dan aktiviti dalam 'micro sourcing'Peserta dari kalangan B40 group yang dipilih oleh YBK telah mengikuti siri latihan dan berpeluang meningkatkan pendapatan melalui penciptaan cerita rakyat yang akan dimuatnaik dan diakses oleh awam melalui application android.
MMSC selaku content provider akan membayar setiap cerita pendek yang dikarang oleh peserta dengan kadar sewajarnya. Simbolik penyerahan perjanjian usahasama tersebut telah diserahkan oleh Ybhg Prof. Dr Abdul Rahman Abdullah, Pengarah Urusan MMSC Ventures Sdn Bhd kepada Ybhg Datoโ€™ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, sempena National Crowdsourcing Seminar yang dihadiri oleh pelbagai pihak samada dari sektor awam, swasta maupun NGO.ย Dengan kerjasama ini, golongan B40 berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Setakat ini YBK mensasarkan golongan belia dan ibu tunggal sekitar Hulu Selangor untuk menyertai program ini.ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;