Pada 16 April, rombongan dibawa melihat penghasilan produk-produk kraftangan dari surat khabar dan juga 'paste' rendang, masak merah, masak hitam, kuah kacang dan juga 'chicken chop' segera yang disahakan oleh Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali. Persatuan Ibu Tunggal Serendah mengetengahkan makanan sejuk beku seperti sardin roll dan juga karipap pusing dan lain-lain lagi. PITU Bukit Beruntung mengusahakan kerepek-kerepek dan juga kuah rojak.
Pada 18 April pula, rombongan telah melawat kePersatuan Ibu Tunggal Sungai Choh yang mengusahakan Tart Bengkulu dan Persatuan Insan Budi Penyayang Taman Bunga Raya yang mengusahakan kerepek pisang dan juga kuih-muih tradisional.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti produk-produk yang boleh diketengahkan dan diimprovasikan bagi pasaran secara komersial. Produk-produk yang terpilih, akan dipasarkan di Kedai Koperasi Kasih YBK yang akan dibuka pada 2014 nanti.