Pada program tersebut, telah diadakan aktiviti menanam pokok, mengecat, mencantikkan landskap asrama memotong rumput dan sebagainya. Disamping itu, program tersebut telah diadakan penyerahan cenderamata berupa beg sekolah, cermin mata, kompang, jersi bola asrama kasih serta dihiburkan dengan alunan nasyid dan akustis dari Kelab Universal Islamik dari Asrama Kasih. Selain itu, pihak polis juga menyajikan santapan rohani berupa ceramah motivasi bagi meningkatkan potensi diri dalam menerokai alam bawah sedar.
Kesuburan silaturrahim ini akan melahirkan sebuah ikatan yang kukuh diantara PDRM dan masyarakat seterusnya membawa kepada kesepakatan dalam pencegahan perlakuan jenayah dan hasilnya ialah sebuah komuniti yang selamat dan terjamin.ย
Komitmen dan bantuan daripada pihak Yayasan Basmi Kemiskinan, Prince Court Medical Centre, Nestle(Malaysia) dan IPD Hulu Selangor dalam menjayakan program ini adalah contoh kerjasama positif yang berjaya dizahirkan dan sememangnya amat dihargai selain diharapkan agar kerjasama ini akan berterusan dimasa-masa akan datang.