- Hit: 1636
YBK bersama Berita Harian dan TV3 telah menganjurkan Seminar Gerakan Warga Korporat Penyayang di PWTC, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kewangan YB Dato Seri Anwar Ibrahim.
Seminar ini bertujuan bagi menggerakkan amalan tanggungjawab sosial pihak swasta dan kebajikan awam di kalangan badan korporat dan sektor swasta. Turut hadir EXCO Selangor, Zainal Dahalan, Tun Ismail Ali (bekas gabenor Bank Negara) dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.