YB Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan telah merasmikan Pelancaran KUNTUM di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Program KUNTUM merupakan program pendidikan YBK yang bertujuan menyediakan kemudahan percuma kelas-kelas tambahan kepada pelajar miskin agar lulus dan berjaya dalam peperiksaan SPM. Majlis ini telah berjaya mengumpulkan seramai 1,718 pelajar miskin (tingkatan 5) sekolah menengah seluruh Selangor yang akan mengikuti kelas-kelas KUNTUM percuma di pusat/sekolah yang telah ditetapkan. Turut hadir adalah beberapa orang ALPA YBK, Pengarah JPNS. Projek ini juga dikenali sebagai Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;