- Hit: 1623
YAB Menteri Besar Selangor telah membuat pelancaran rumah YBK-MAIS di Kg. Bukit Manchong HuluSelangor. Majlis juga meraikan 150 masyarakat Orang Asli yang memeluk agama Islam & penyampaian buku simpanan Amanah Saham Bumiputera kepada masyarakat Orang Asli di sana.
Turut hadir Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat YB Datin Paduka Zaleha Ismail, Dato G. Palanivel S/u Parlimen, Tan Sri Hamzah Abu Samah dan Pengerusi YBK. Tujuan projek adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan masyarakat Orang Asli sebagai persediaan menghadapi perubahan arus persekitaran.