- Hit: 1652
Majlis Perpisahan Pelajar Cambodia telah diadakan bagi meraikan tamat tempuh latihan kemahiran mereka di Malaysia. Sempena dengan ini suatu majlis khas diadakan oleh YBK dengan kerjasama pihak Giat MARA Kalumpang bagi meraikan pelatih-pelatih yang tamat menjalani kursus Pendawaian Elektrik Domestik di Giat Kalumpang.
Turut diraikan ialah 5 orang pelatih dari Kampuchea dibawah tajaan YBK. Majlis disempurnakan oleh Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom. Turut hadir CEO Giat MARA En. Hashim Ahmad.