Hulu Selangor, Mac 17 -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang dengan membawa lebih 30 ibu tunggal dari Hulu Selangor. Lawatan sambil belajar yang diadakan selama 3 hari ke industri kecil oleh usahawan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Ibu tunggal yang menyertai lawatan tersebut terdiri dari kalangan ahli jawatankuasa dan usahawan kecil dari Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali, Persatuan Ibu Tunggal Serendah, Persatuan Ibu Tunggal Sg Choh. Sepanjang lawatanย peserta termasuk kakitangan YBK menginap di Malaysia Productivity Corporation

Antara tempat yang dilawati sepanjang lawatan tersebut adalah kilang kuih Pau di Teluk Air Tawar iaitu Ainaz Frozen Food. Pemilik Ainaz Frozen Food, Halipah Yusof ketika ditemui berkata beliau memulakan usaha membuat pau secara kecil-kecilan iaitu di rumahnya dengan menggunakan satu kilogram tepung sehari.

Namun selepas mendapat bimbingan daripada Perda dan mendapat geran daripada SME Corp yang berjumlah 250 ribu ringgit beliau berkata pengeluaran pau dapat ditingkatkan di meningkat lebih 100 kali ganda berbanding dahulu.

"Alhamdulillah perniagaan saya kini semakin maju daripada satu kilogram tepung sehari dulu yang digunakan untuk membuat pau kini ia dapat ditingkatkan kepada 180 kilogram sehari," katanya.

Peserta kemudian dibawa ke kilang Terang Bulan (Kopi Guaranno Capucinno) dan Kilang Minuman Kodial RRM Mutiara Food Sdn Bhd di Bukit Minyak. Di sini ibu-ibu tunggal ditunjukkan cara menghasilkan kopi dan minuman kodial tersebut yang mana ia dibuat dengan menggunakan mesin yang sedia ada.

Selesai sahaja membuat lawatan di kilang tersebut peserta-peserta kemudian dibawa ke Muzium Pak Ali Jeruk Madu di Tasek Gelugor. Peserta-peserta kemudian diberi penerangan oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (Perda) Saidin Kadir dalam satu sesi taklimat.

Pengarah Urusan Kilang Pak Ali, Alias Ali ketika ditemui berkata bahan-bahan membuat jeruk diperolehi yang diperolehi oleh mereka kebanyakannya adalah berasal dari Perlis dan Kedah. Beliau berkata walaupun mempunyai mesin namun pihaknya tidak menggunakannya menyebabkan kilangnya mempunyai sebanyak 70 pekerja tempatan.

"Memang hasrat kami nak bantu kerajaan dan beri bantuan kepada penduduk tempatan memberi peluang pekerjaan itulah sebabnya kami tidak menggunakan mesin," katanya. Seorang ibu tunggal yang mengikuti program Zainab Nayan ketika ditemui berkata usaha yang dibuat oleh YBK membawa ibu tunggal membuat lawatan ke Pulau Pinang nyata memberi banyak pendedahan kepada dirinya.

"Makcik tak nampak sebelum ini macam mana nak memajukan lagi perniagaan makcik, namun setelah membuat lawatan dan diberi penerangan oleh pengurus Perda, makcik mula nampak cara memajukan lagi perniagaan makcik," katanya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;