Pembangunan UiTM Serendah

Semuanya bermula  apabila YAB Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meluluskan permohonan YBK membangunkan  ‘Edupolis Imtiaz - Islam Hadhari Centre of Excellence’ di atas tanah YBK Bukit Seri Serendah pada 4/7/2007.

Sejak itu YBK telah berusaha keras mengadakan beberapa siri perbincangan dengan EPU, UiTM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi bagaimana hendak menjayakan pembangunan UiTM Serendah, sebahagian cadangan ‘Edupolis Imtiaz’ tersebut.   Setelah memenuhi semua keperluan teknikal dan dokumentasi, akhirnya YBK berjaya memperolehi ‘Letter Of Award’ dari Kerajaan Malaysia tawaran membina UiTM Serendah bernilai RM300juta di atas tanah YBK di Serendah pada 24/12/2009.

Kebenaran Merancang UiTM Serendah

Namun demikian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan peruntukkan ‘development order’ yang jelas berniat tidak ikhlas dan jahat. Walaupun mendapat kelulusan dari semua 16 agensi dan jabatan teknikal, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor   memberi syarat YBK mesti melantik YM Raja Tan Sri Arshad Uda sebagai Penaung YBK, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK untuk meluluskan kebenaran merancang UiTM Serendah.

Namun, demi destini anak bangsa yang memberi faedah kepada Melayu, YBK memberi respon sewajarnya. YBK melantik YM Raja Tan Sri Arshad Uda sebagai Penasihat Kehormat, Dato Mohd Arif Abdul Rahman (Pegawai Kewangan Selangor)  dan Dato Nordin Sulaiman (Timbalan SUK Pembangunan) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah  YBK.  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tamak dan bertegas mahukan dirinya dilantik sebagai Pengerusi dan 3 EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Begitulah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,  dia tidak ‘walk his talk’ . Dia berbohong dengan janjinya.  Sebab dalam  perjumpaan beliau pada 12/11/2009 dengan Pengasas dan  Pengerusi YBK di pejabat Menteri Besar Selangor, dia menyokong usaha YBK dan berkata ‘within one-week saya akan luluskan’. Tetapi pada 16/11/2009 Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memutuskan sebaliknya.

YBK menolak syarat tersebut sebab sebagai NGO jika didominasikan oleh kerajaan ia tidak lagi ‘non-govermental’  sifatnya malah keadaan ini  sudah tidak sesuai kepada kerajaan persekutuan sebagai ‘stake-holder’ kepada UiTM Serendah. Akhirnya YBK gagal mendapatkan kebenaran merancang pembangunan UiTM Serendah di atas tanah sendiri di Bukit Seri Serendah.

Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak  meluluskan pembangunan UiTM Serendah menyebabkan rakyat telah bangkit menentang. Pada 12/10/2010 lebih 2,000 orang mewakili pelbagai NGO yang dipimpin PERKASA Selangor menyatakan bantahan secara terbuka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di pejabat SUK Selangor. Penduduk Hulu Selangor dari pelbagai bangsa mengemukakan MEMORANDUM Bantahan kepada SUHAKAM 1/4/2010. Mereka menuntut satu enkuiri awam terhadap Menteri Besar Selangor di atas keengganan meluluskan UiTM Serendah yang menyebabkan penduduk kehilangan hak peluang ekonomi dari faedah pembangunan.   Malah Majlis Belia Hulu Selangor yang mewakili golongan muda juga menyuarakan tidak berpuas hati dan menentang tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Serangan Media Ke Atas YBK

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tercabar apabila YBK tidak menurut kehendaknya. Jadi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan EXCO Kerajaan Negeri  melakukan serangan media menjatuhkan reputasi baik dan kepimpinan YBK. Tuduhan dan kenyataan akhbar Menteri Besar Selangor bertujuan menafikan sumbangan YBK kepada rakyat miskin Selangor, memfitnah kepimpinan dan pengurusan YBK.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Bercadang Merampas Tanah YBK 

YBK telah membayar cukai tanah bernilai RM1.28juta untuk memenuhi syarat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membangunkan UiTM Serendah pada 1/10/2009. Namun YBK mula menerima Notis 6(A) sebahagian lot tanah lain yang mana tarikh tamat pembayaran cukai ialah 29/1/2010, 11.59 malam. Pada 1/2/2010 (3.00 pm) Yayasan Melaka membayar cukai tanah tertunggak  RM5.4juta melalui bank dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor (3.00 pm)

Namun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada (4/2/2010) melalui Pentadbir Tanah Hulu Selangor memulangkan bayaran cukai tanah RM1.28juta dan RM5.4juta  dengan alasan cukai tanah YBK tidak boleh dibayar oleh Yayasan Melaka. Tidak habis di situ pada 11/2/2010 Pentadbir Tanah Hulu Selangor kemukakan notis 8A untuk blok-blok seluas 800 ekar tanah YBK di Serendah untuk membolehkan Kerajaan PR Selangor merampas tanah-tanah YBK tersebut.

Kertas Putih Yang Tidak Putih

Pada 14/4/2010 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengeluarkan Kertas Putih dalam persidangan DUN. Tetapi Kertas Putih YBK yang diedarkan tidaklah putih.  Ia merupakan laporan audit yang memberi penyenaraian aset YBK di Selangor dan pendedahan fakta kepentingan YBK syarikat YBK. Sudahlah menolak rancangan pembangunan UiTM Serendah tanpa alasan sewajarnya, YBK dan kepimpinannya mula ditohmah dengan pelbagai tuduhan liar.  YBK sangat keciwa dengan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat menzalimi YBK.

UiTM Serendah Selangor dipindahkan ke Melaka ! 

Oleh kerana permohonan kebenaran merancang UiTM Serendah ditolak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, YBK  memohon dengan kerajaan untuk dipindahkan ke negeri lain. YBK menemui Ketua Menteri Melaka dan memohon sebidang tanah di Kg Seri Mendapat Jasin (18/12/2009) dan memohon kelulusan Kerajaan Persekutuan. YBK berjaya mendapatkan persetujuan  Perdana Menteri pembangunan UiTM Serendah dipindahkan ke Melaka. Akhirnya (13/1/2010) Kabinet luluskan perpindahan UiTM Serendah ke Jasin.

Pembangunan UiTM Serendah dipindahkan ke Melaka !  Sebab kepimpinan Pakatan Rakyat  Selangor telah menolak pembangunan UiTM Serendah bernilai RM300j berbanding kerajaan BN Melaka  yang nyata lebih bijaksana. Dato Seri Ali Rustam tahu kesan pembangunan UiTM Jasin kepada rakyatnya. Kekesalan rakyat Selangor tidak terucap dengan kata-kata, peluang perniagaan dan pekerjaan hilang begitu saja. Daerah Hulu Selangor yang dulu merupakan ‘sleepy hollow’ nampaknya akan terus kekal. Nilai hartanah tidak berubah. Kerajaan PR Selangor perlu bertanggungjawab pembatalan rancangan UiTM Serendah seterusnya menafikan peluang pembangunan rakyat  ! Rakyat Selangor perlu bertindak. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan dibalas dengan apa yang dilakukannya kepada rakyat Selangor.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;