Serendah, 24/12/2012  - Asrama Kasih  YBK buat julung- julung kalinya telah mengadakan hari induksi untuk kakitangan Asrama Kasih. Seramai 7 orang kakitangan Asrama Kasih YBK Serendah dan 2 orang kakitangan Asrama Kasih YBK Gesir terlibat didalam program ini. Latihan Induksi bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 Petang.

Objektif utama  hari induksi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Asrama mengenai maklumat 
penting Transformasi 5 Tahun YBK, Skim Perkhidmatran YBK dan Manual Prosedur  Kerja. Tuan  Haji Bing Selamat selaku Ahli Lembaga pemegang Amanah YBK (ALPA) telah membentangkan tajuk Transformasi  5 Tahun YBK.  Beliau menerangkan mengenai halatuju Transformasi Pembangunan 5  Tahun YBK dan  cadangan Transformasi YBK. Manakala En Zulhairy Jalaludin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YBK  telah menerangkan  Skim Perkhidmatan dan Manual  Prosedur Kerja. Pada akhir sesi latihan induksi, peserta telah membincangkan  4 kajian kes yang berkait rapat dengan Asrama Kasih YBK. Setiap satu kajian kes terdiri daripada 2 soalan, peserta dikehendaki menyelesaikan setiap kes yang diberikan secara terbuka.  Hasil dari perbincangan tersebut banyak perkara mengenai pengurusan Asrama dapat diperbaiki dengan lebih baik mengikut prosedur yang ditetapkan

Di akhir bengkel, petugas merumuskan 7 nilai dasar utama asrama kasih dijadikan sebagai teras teras nilai utama. Nilai dasar tersebut adalah 1)Bertepatan masa 2) Keterampilan 3) Bersyukur 4) Taat & Patuh 5) Berkeyakinan 6) Budaya cemerlang 7) Bersih.  7 nilai dasar utama akan menjadi asas dalam menjalankan kehidupan dan membina sahsiah pelajar

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memenuhi pencapaian KPI Asrama Kasih YBK pada masa akan datang. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;