YBK diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datin Hartini Osman mula menyampaikan sumbangan keperluan dapur di 3 lokasi iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil. Kemudiannya bergerak ke Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang serta pusat pemindahan banjir di Dewan Kilang GS Paper & Packaging Sdn Bhd.
Sukarelawan YBK ini turut dibantu penduduk setempat dalam penyampaian serta pengedaran keperluan dapur bagi mangsa banjir dikawasan ini.ย Diharapkan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kesemua mangsa yang terlibat.