Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta melihat keberkesanan NGO seperti YBK dalam membantu membasmi kemiskinan dalam negara disamping melihat pendekatan Malaysia mengatasi kemiskinan negara. Kali ini peserta dibawa melawat dan mendapat taklimat berkenaan yayasan, Lembaga Zakat Selangor dan pembangunan program sosio-ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah. Taklimat berkenaan YBK telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK Encik Zulhairy bin Jalaluddin, manakala pembangunan program soiso-ekonomi desa kasih semasa disediakan Fathulmungim Darul Salam, penyelia lembaga zakat yang bertugas. Peserta juga dibawa melawat rumah peserta dan bengkel jahitan milik Koperasi Desa Kasih. Taklimat berkenaan operai bengkel jahitan telah disampaikan oleh Puan Rozita Abdullah penyelia bengkel jahitan.
Secara umumnya peserta melahirkan rasa kagum dengan penglibatan YBK sebuah NGO setelah berjaya membangunkan dan menjadi 'champion' dalam pembangunan masyarakat termiskin setempat di bawah program Desa Kasih, Mereka juga kagum di atas usaha YBK membantu kerajaan dalam membasmi kemiskinan melalui program latihan kemahiran kolej-kolej komuniti YBK dan kecemerlangan pendidikan sepert KUNTUM dan Asrama Kasih YBK