Walaupun YBK tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dari agensi kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar namun YBK meneruskan progranm dengan dana sendiri. Sempena pelancaran KUNTUM 2012 kali, YBK telah menyediakan sesi motivasi kepada hampir 200 orang pelajar KUNTUM dari SMK Kuala Sanglang dan SMK Arau Perlis serta SMK Kubur Panjang Kedah. Sesi motivasi yang disampaikan oleh seorang pensyarah dari Perlis berjaya mermberi suntikan kepada pelajar supaya berjaya dalam dalam Peperiksaan SPM yang akan datang. Majlis juga dihadiri oleh Prof Emeritus Dr Sulaiman Md Yassin Lembaga Pemegang Amanah dan kakitangan YBK serta guru dari sekolah yang terlibat
- Hit: 1816
Kuala Sanglang, Perlis - YBK dengan kerjasama SMK Kuala Sanglang Perlis telah melancarkan Program KUNTUM 2012 yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato Seri Dr Ahmad Sabu. KUNTUM iaitu Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu adalah program pendidikan yayasan yang menyediakan tuisyen SPM percuma kepada pelajar miskin yang dilaksanakan oleh YBK sejak tahun 1993 telah menawarkan kepada 23 sekolah luar bandar seluruh negara pada tahun 2012.